berpantang selepas keguguran


Bismillahirrahmanirrahim...
Waaaa....mentang2 MC seminggu, hari2 mau update blog yaaaa....haha
Bukan ape, nanti da kje xde masa langsung nk update blog nih...



Gugur perlu berpantang ke?
Perlu la...Keguguran ialah situasi yang di anggap lebih serius daripada kelahiran normal...

Kelahiran normal sama seperti buah mangga yang telah masak ranum dan gugur sendiri dari pokok manakala keguguran pula umpama buah mangga muda yang belum masak di cabut dan getah masih meleleh-leleh.
Keguguran juga mudah diserang angin gugur atau angin jahat.

Angin gugur yang menjadi bisa keguguran akan sentiasa terpendap dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah akan kembali sembuh.

Kesan-kesan apabila tidak berpantang selepas keguguran :

  1. Tekanan emosi @ meroyan
  2. Masalah kesuburan
  3. Lemah rahim - keguguran berulang
  4. Ketidakseimbangan hormon
  5. Bengkak dan bisa otot peranakan
  6. Bisa-bisa tumit, betis, pinggang dan lutut
  7. Kebas-kebas sendi
  8. Mudah berasa seram sejuk
  9. Demam yang tidak kebah
  10. Kedinginan seks
  11. Kalah dalam perjuangan jimak

Fza nak share camne Fza berpantang kali ni ye...
  1. Amal Jamu Mak Dara Gold 2kapsul pagi dan petang - mmg best utk melancarkan darah sbb kli ni darah nifas lebih lama berbanding 1st miscarriage. Pastu asik rindu je nk 'ehem2' dgn hubby...hehehe... Miss V plak ase berdenyut-denyut je. Boleh refer kat SINI.
  2. Minum Pati Ikan Haruan Dengan Gamat sebelum tidur - bagus terutama untuk ibu yang buat D&C...Pati ini boleh membina dan membaiki tisu yang telah rosak...korang pun tau kebaikan ikan haruan dan gamat kan? Refer kat SINI untuk lebih lanjut.
  3. Pakai stokin tapi bila nak tido malam je coz rimas la...huhu...dengan cuaca skrg ni yg panas...Tp klu time ujan pakai la...wpun xpkai stokin, Fza pakai slipar dlm umah untuk elak pijak secara terus ke lantai simen yang sejuk...
  4. Sapu minyak panas setiap kali selepas mandi untuk keselesaan dan melancarkan pengaliran darah.
  5. Pantang minum ais - akan di usahakan selama 100 hari..huhu
  6. Pantang dari makan makanan yang sejuk spt buah & sayur yg tumbuh menjalar - labu, timun, kacang panjang. Makanan yang berangin spt durian, rebung dan terung. Makanan laut. Tapi semua jenis ikan dan ayam bedal je...Sbb protien sama function dgn ikan haruan dan gamat.
  7. Pantang dari bersama dengan suami selama 2 minggu.
  8. Merancang kehamilan selepas 6bulan nanti - utk rehatkan rahim.
  9. Lebih bagus teruskan folic acid dan minum susu untuk meningkatkan kesuburan rahim. Utk ibu yg keguguran bawah 3bulan, sudah boleh hamil semula slps 3 cycle period ye.
Setakat ni dlu...Selamat Berpantang kepada ibu-ibu yang keguguran...
Pesan Fza, jangan terlalu bersedih dan redha terhadap ketentuan Illahi...
Allah merancang hanya yang terbaik untuk kita...
Fza dan hubby terima semua ketentuan dan kami positifkan diri aje...
Muda lagi kan...Apa lagi, Jom kita ENJOYYY!!!

kredit to Mr Google, KAK ENGKUShhh...Blessed Beauty.

:: TQ 4 READING :: LUVPEACENOTWAR ::

9 ulasan:

  1. thanks a lot.... dpt info tentang pantang setelah keguguran

    BalasPadam
  2. thanks a lot.... dpt info tentang pantang setelah keguguran

    BalasPadam
  3. Thanks berkongsi ilmu...selepas berpantang 2minggu boleh ker kita bersama suami....sbb skrg saya dah 10hari berpantang..rasa rindu pulak nk bersama suami...hehehe...

    BalasPadam
  4. hai. cx baru je gugur and ofcourse kite akan cari byk info berpantang. cx pon amalkan jamu mak dara gold. Lpsconsume 2biji , cx akn berseluhung satu bdn and the result was awesome, cx berpeluh sakan. rs lega sgt. cx baru sgt gugur ni. msh berpantang. cx hrp lps ni ade la rezeki cx ntk dpt baby. memandangkan cx gugur for the first pregnancy. cx yg penakut ubt ni gagah jgk makan ubt2 herba bagai ni demi kshtn bdn. :) thanks for sharing! cx pon org melaka :)

    BalasPadam
  5. hai. cx baru je gugur and ofcourse kite akan cari byk info berpantang. cx pon amalkan jamu mak dara gold. Lpsconsume 2biji , cx akn berseluhung satu bdn and the result was awesome, cx berpeluh sakan. rs lega sgt. cx baru sgt gugur ni. msh berpantang. cx hrp lps ni ade la rezeki cx ntk dpt baby. memandangkan cx gugur for the first pregnancy. cx yg penakut ubt ni gagah jgk makan ubt2 herba bagai ni demi kshtn bdn. :) thanks for sharing! cx pon org melaka :)

    BalasPadam
  6. nk tnya de tulisan cina tu boleh minum ke..

    BalasPadam
  7. Ok ke pati tu. Confius nk beli yg mane

    BalasPadam
  8. Sangat membantu,thanks sis :)

    BalasPadam
  9. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.

    BalasPadam

Copyright© All Rights Reserved cikpuanfaidhi.blogspot.com