cara mandi wajib yang betul

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...Setelah genap 21hari, baru lah boleh bersuci dari nifas...
Apabila hubby tgok kte da pakai telekung, bole plak tanya...
"E'eh...syg da bole sembahyang ye?" hihihi...hubby punya senyum...mak aiii...penuh makna....
hehehehe....ok la...strait to the point....

Kita perlu tau bahawa apabila MANDI WAJIB TIDAK SAH MAKA SEGALA IBADAT YANG DILAKUKAN JUGA TIDAK SAH...

SEBAB PERLU MANDI WAJIB
  1. Berjimak walaupun tanpa keluar air mani.
  2. Keluar mani.
  3. Mati yg selain mati syahid.
  4. Keluar haid & nifas bg wanita.
  5. Wiladah (melahirkan anak)

RUKUN MANDI WAJIB
  1. Niat
  2. Menghilangkan segala jenis kekotoran dan najis di badan. #Fza biasa mandi bersih2 pakai sabun dan shampoo dlu#
  3. Meratakan air ke seluruh badan dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.

NIAT




SUNNAH RASULULLAH SAW (diceritakan oleh Saidatina Aishah r.a)

" Adalah Rasulullah saw apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh kedua tangannya. Kemudian banginda menuangkan air ke tangan kirinya menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya." (HR Imam Muslim)

KESIMPULAN
  1. Membaca Bismillah.
  2. Membasuh kedua tangan.
  3. Mencuci kemaluan dan badan dari najis serta kekotoran dengan kata lain mandi bersih2.
  4. Mengambil wudhuk seperti biasa.
  5. Meratakan air ke seluruh badan bermula dari kepala beserta dengan NIAT.
  6. Akhiri mandian dengan mencuci kedua belah kaki dan jari-jari kaki.
Semuanya berdasarkan niat & jgn sesekali was-was...
Jika ada sedikit pun perasaan was-was 2 perlulah mengulangi mandi semula...
Wallahu'alam...

Kredit to Mr Google, Trigyy.com dan Foren-6....

:: TQ 4 READING :: LUVPEACENOTWAR ::

3 ulasan:

  1. gud info yaa akak :) sebelum nih sya pun selalu was was jugak . alhamdulillah sekarang tak dah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thx Qilah Khunnie...
      Kena ingat sentiasa apa pun yg kita lakukan klu was-was perlu di ulang semula...
      Contoh, tgh solat Zohor tiba2 baru azan Zohor dan kita was-was samada solat kita di terima @ x...so, kita perlu ulang semula solat tersebut...
      Was-was ni gangguan syaitan je...
      Kesimpulannya, dalam apa yg kita buat perlulah yakin...
      Wallahu'alam... ;)

      Padam
  2. ehehe suami biase lahhh senyum makna tuuuu :p

    BalasPadam

Copyright© All Rights Reserved cikpuanfaidhi.blogspot.com