Ibu - Ibu Termuda Di Dunia

Assalamualaikum....
Lamanya x update, Fza terbaca satu artikel ni....
Best gak klu kite share...

Berikut ialah senarai daftar ibu - ibu termuda di dunia....

Nama : Lina Medina
Umur : 5tahun 7bulan 21hari
Bapa : unknown
Lokasi : Lima, Peru.
Info : memasuki alam puberti sebelum menjadi dewasa pada umur 5tahun, Medina melahirkan seorang bayi 2.0 kg bernama Gerardo, melalui kaedah c-section pada 14 mei 1939 ###da lama rupanya kaedah caeserian ni wujud ek###. Ibubapa Medina menyangka anak mereka mengalami tumor lalu membawanya ke hospital dan disahkan hamil 7bulan. Bapa Medina ditahan tetapi kemudiannya dibebaskan kerana tidak cukup bukti, dan identiti pelakunya masih tidak ditemui. Medina masih hidup dan usianya telah 76 tahun, sedangkan anaknya meninggal pada tahun 40.

Nama : Liza
Umur : 6tahun
Bapa : Abang kandung Liza
Lokasi : Ukraine
Info : Liza melahirkan secara normal pada 1934 setelah di rogol oleh abang sendiri namun bayi yang dilahirkan cacat.

Nama : Mum - Zi
Umur : 8tahun 4bulan
Bapa : unknown
Lokasi : Calabar, Nigeria
Info : merupakan anggota Chief Akkiri di pulau Calabar. Anaknya juga melahirkan di usia muda dan Mum - Zi menjadi nenek pada usia 17 tahun.

Nama : Unknown
Umur : 8tahun 11bulan
Bapa : unknown
Lokasi : Huanuco, Peru
Info : seorang gadis melahirkan bayi dengan berat 2kg melalui kaedah c-section pada bulan Disember 2006. Dia hamil setelah dirogol oleh sepupunya.

Nama : Hilda Trujillo
Umur : 9tahun
Bapa : sepupunya yang berusia 22tahun
Lokasi : Lima, Peru
Info : melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat lebih dari 2.7kg pada bulan Disember 1957.

Nama : Wanwisa Janmuk
Umur : 9tahun
Bapa : suami Janmuk berusia 27tahun (mengikut adat Thailand)
Lokasi : Phetchabun, Thailand
Info : melahirkan bayi perempuan pada bulan Februari 2001.

Nama : unknown
Umur : 9tahun
Bapa : jirannya yang berumur 14tahun
Lokasi : Penang, Malaysia ###tak sangka tersenarai gak...huhu###
Info : telah melahirkan bayi lelaki yang sihat pada bulan Mei 2010. tiada laporan polis yang dibuat.

Nama : unknown
Umur : 9tahun
Bapa : pelajar di sekolahnya
Lokasi : Singapore
Info : melahirkan seorang bayi lelaki pada tahun 2004 setelah dirogol oleh sesama pelajar sekolahnya.

Nama : unknown
Umur : 10tahun
Bapa : temannya 28tahun
Lokasi : Bolivia, Argentina
Info : Seorang gadis dari Bolivia melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 2.5kg melalui kaedah caeser di sebuah hospital di Parque Patricios, Buenos Aires, Argentina pada September 25, 2007

Nama : Sally Deweese
Umur : 10tahun 13hari
Bapa : unknown
Lokasi : Butler County, Kentucky, United States
Info : Dilaporkan oleh Dr D.Rowlett, Sally telah melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 3.52kg pada tanggal 20 April 1834

Nama : Maria Tizziano
Umur : 11tahun
Bapa : Vincenzo Castro, 18 (kekasih Maria)
Lokasi : Adrano, Sicily
Info : Gadis Italia ini melahirkan anak pertamanya pada tahun 1992. Tahun berikutnya, anak kedua lahir dan berumur 14tahun semasa melahirkan anak ketiga. Maria dan kekasihnya serta tiga putera mereka tinggal bersama ibu Maria yang menjadi nenek pada umur 29tahun.

Nama : Bogdana Korenkova
Umur : 11tahun
Bapa : disyaki di rogol oleh jirannya yang berumur 26tahun
Lokasi : Kharkov, Ukraine
Info : melahirkan bayi lelaki dengan berat 3.8kg di sebuah hospital di Kharkov pada Januari 2004.

Nama : Valentina
Umur : 11tahun
Bapa : kekasihnya yang berumur 14tahun
Lokasi : Moscow, Russia
Info : melahirkan bayi lelaki pada tahun 2005

Nama : Kordeza Zhelyazkova
Umur : 11tahun
Bapa : suaminya, Jeliazko Dimitrov 19tahun
Lokasi : Sliven, Bulgaria
Info : Seorang gadis sekolah Roma, melahirkan seorang puteri yang sihat pada hari pernikahan mereka pada tahun 2009.

Nama : Kathleen Moss
Umur : 12tahun
Bapa : seorang remaja lelaki 14tahun
Lokasi : Britain
Info : Hamil setelah kehilangan dara kepada seorang remaja lelaki yang berumur 14tahun did alam sebuah karavan di Wales Utara dekat sini. Dia yang kini berusia 25tahun, menggemparkan masyarakat Britain apabila melahirkan anaknya itu semasa baru berusia 12tahun pada 1988 dan sehingga kini ramai menyangka mereka sebagai adik-beradik.
















kredit : Mr Google & http://hamil.mustaffa.org/senarai-daftar-ibu-termuda-di-dunia
:: TQ 4 READING :: LUVPEACENOTWAR ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved cikpuanfaidhi.blogspot.com